Sunday 26 October 2008

Silver Gold Pekbori 2008

Silver Gold Pekbori 2008.

Tempat : SMK Haji Zainul Abidin
Tarikh : 25 - 26 Oktober 2008

SMK Raja Tun Uda telah diundang sebagai pembantu dalam Program Pekbori 2008. Seramai 3orang pelajar dan pemimpin pengakap SMKRTU telah menghadirkan diri bagi membantu melancarkan lagi Program Pekbori ini. En. Azahairi [ADC] juga merupakan ahli jawatan kuasa program ini. Kem Pekbori ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Berikut merupakan beberapa gambar kenangan di kem pekbori 2008:-


Saturday 18 October 2008

JOTA JOTI Penang 2008

JOTA JOTI Penang 2008

Tarikh : 18 Oktober 2008
Tempat : Wisma Pengakap Pulau Pinang

Jamboree On The Air (JOTA) ke-51 dan Jamboree On The Internet (JOTI) ke-12 telah berlansung di Wisma Pengakap Pulau Pinang pada 18 Oktober 2008 dan 4orang pelajar daripada SMKRTU telah mengambil bahagian dalam Jamboree ini. Pelajar-pelajar ini telah mengambil bahagian dalam semua 10 cabaran yang ada.

Berikut adalah beberapa gambar :



Friday 22 August 2008

Perbarisan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Pada 2 Ogos 2008, Sabtu Sek. Men. Keb. Raja Tun Uda telah mengadakan satu majlis bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum tahun 2007/08. Begi memeriahkan majlis tersebut satu perbarisan hormat melibatkan 10 wakil pelajar dari setiap unit uniform telah dijalankan. Pengakap SMKRTU juga tidak terkecuali mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut.


Saturday 5 July 2008

Sambutan Hari Ko-Kurikulum SMKRTU

Sambutan Hari Ko-Kurikulum SMKRTU

Tarikh : 4 Julai 2008

Masa : 7.30Pagi

Tempat : Sek. Men. Keb. Raja Tun Uda

Pasukan Pengakap SMKRTU telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki pada hari tersebut dan telah mendapat tempat ketiga daripada lapan pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan Pengakap SMKRTU telah dilatih oleh En. Abdul Rahim dan dibantu oleh Pasukan Kelana Balik Pulau.

















Pasukan Pengakap SMKRTU juga terlibat membantu jualan NESTLE dan menjual buger pada hari tersebut.


Kawalan Lalu Lintas Sempena Majlis Anugerah Cemerlang.

Kawalan Lalu Lintas Sempena Majlis Anugerah Cemerlang.


Tarikh : 26 Jun 2008


Masa : 6.30Pagi (bertolak dari SMKRTU)


Tempat : Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang


Seramai 10orang wakil pengakap dari SMK Raja Tun Uda telah ditugaskan mengawal lalu lintas dan keselamatan sepanjang Majlis Anugerah Cemerlang yang melibatkan hampir 700 penerima anugerah. Pengakap SMKRTU juga turut ditugaskan menyambut tetamu khas dari Indonesia pada hari tersebut.